Sebaknye (sebabnya):
a) Antare hak pemeh dekat Malaysia ni!
(Antara yang
famous dalam Malaysia ni)
b) Outdoor hak sesuei untuk musim paneh ni!
(Aktiviti luar
yang sesuai di musim panas)
c) Koi anok Pahang, oghang Jengke deme.
(Saya anak
kelahiran Pahang. Orang Jengka)
LATAR BELAKANG TAMAN NEGARA PAHANG
|
Peta Negeri Pahang
|
|
Peta Sekitar Taman Negara Pahang
Taman Negara Malaysia dibuka pada
1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian bertukar nama sebagai
Taman Negara selepas kemerdekaan. Taman warisan yang berkeluasan 4,343 km² ini
dilihat sangat sesuai kepada pencinta alam. Taman Negara Pahang merupakan yang
terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas
1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Pintu Masuk Taman Negara
Taman Negara
terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang,Terengganu, dan Kelantan,
yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara
(Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan)
No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada
1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
Permandangan di sekitar Taman Negara
Permandangan Yang Terhidang Kepada Pengunjung
Antara Tarikan Pelancong
Taman ini
menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya
tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.
Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di
Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala
Tahan atauMerapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara
mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti
harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan
menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di
Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua
Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan
tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan
pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan. Semua pengunjung mesti
mendapatkan kebenaran/permit daripadaJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel
dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman
Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di
Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari
keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak
terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot
untuk aktiviti memancing dan sukan air.
#Rujukan: FadhialPhotography
Kementerian Pertanian (Perhutanan)
|
No comments:
Post a Comment