Sunday 29 March 2015

Taman Negara Pahang


Sebaknye (sebabnya):

a) Antare hak pemeh dekat Malaysia ni!
    (Antara yang famous dalam Malaysia ni)

b) Outdoor hak sesuei untuk musim paneh ni!
     (Aktiviti luar yang sesuai di musim panas)

c) Koi anok Pahang, oghang Jengke deme.

    (Saya anak kelahiran Pahang. Orang Jengka)


LATAR BELAKANG TAMAN NEGARA PAHANG



Peta Negeri Pahang





Peta Sekitar Taman Negara Pahang
Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian bertukar nama sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Taman warisan yang berkeluasan 4,343 km² ini dilihat sangat sesuai kepada pencinta alam. Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

                                                      Pintu Masuk Taman Negara

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang,Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.


                                       Permandangan di sekitar Taman Negara


            Permandangan Yang Terhidang Kepada Pengunjung


                          Antara Tarikan Pelancong



Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

                           Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atauMerapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

           Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan. Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripadaJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

                            Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air. 

#Rujukan: FadhialPhotography
Kementerian Pertanian (Perhutanan)